Friday, May 29, 2009

~ Makeover ~

28 May 2009:

Arini aku ada appointment ngan doktor gigi kul 10 pg, da lama la jgak aku x service gigi ni since blajar...so sblm masuk keje blk next week, so masa yg terluang ni aku gunakn sebaik2nya...x nak lah guna cuti tahunan lagi.

Sampai je kt Menara EON Bank kt Jln Raja Laut, cari parking. Memang berjanggut ler nk cari parking. 2 kali round br dpt...alhamdulillah. Mula2nya, cuma nk normal service jer...then Doc Fauziah ckp (she's very friendly person, cam bapaknyer jgak) my gigi depan tu leh di betulkan. Amik masa dlm 1/2 jam jer, x mahal and yg paling penting it is truly painless. Actually gigi depan (gigi kekal-kt depan tu) selisih sket antara satu sma lain. HA!!! betulker??? x tahu lak selama ni...coz dlu pernah tny kt other klinik, mahal gak ler...mmm aku apa lagi, x kan nk lepas peluang ni lak. Lagipun sumer ditanggung lor....hahaha!!! Aku trus confirm bila doc nk wat makeover to me...
Risau gak klu2 sakit ker coz gigi ni kan gigi kekal dr dlu lagi...x kan x sakit lak??? Tapi bila da wat, i totally agreed that it was not painful. Ujung tahun nanti leh dtg lagi, repair bg lagi cantik lagi. Thanks to Dr Fauziah...so pd sesiapa yg berminat nk cuba, leh ler click link kt bawah nie..(Wah!! promote gitu) saja nk share ngan u olss sumer.

http://www.drfauziah.com/

Sunday, May 24, 2009

Majlis Anugerah Projek Tahun Akhir

22hb Mei 2009:
Majlis Anugerah Projek Tahun Akhir telah berlangsung di DK2 Fakulti Sains Komputer dan Matematik dn sebyk 4 kategori bagi setiap kursus telah di adili dan 3 hadiah bagi setiap kategori

1. Anugerah Projek Terbaik
2. Anugerah Laporan Terbaik
3. Anugerah Poster Terbaik
4. Anugerah Booth Terbaik

Maafkan aidiel yer kengkawan sumer, tujuan utama post ni bukanlah utk menunjuk2 k,
1. aidiel nk berterima kasih pada sumer yg byk memberi semangat sepanjang 2 tahun pembelajaran, walaupun byk halangan, rintangan, cabaran, hati yg suka, hati yg terluka...namun percayalah tiada siapa yg dpt memberikan kebahagiaan dan kejayaan yang kita idamkan melainkan diri kita sendiri...
2. inilah sebabnya kenapa blog ni kekadang lambat dan bersarang wat seketika.
3. biasalah, nilah tempat utk kita curahkan segala2nya.

Suka duka aidiel sepanjang seisi pembelajaran di UiTM selama 2tahun ni membawa kepuasan yang amat sgt. Rasa sebak bila lagu UiTM berkumandang dalam dewan semasa majlis bermula. Tak pernah langsung rasa sedih bila dgr lagu ni dlu. Yelah x sangka da 2 tahun cuti belajar, inilah saat2 terakhir sebelum aku melangkah kembali ke dunia ku yg asal. Pas ni da xde gurau senda ngan kengkawan sekelas, wat projek sama2, gembira, merajuk, geram, bangun lewat, cuti semester..huhuhu...aku akn merindui semua itu nanti.

Terima kasih sekali lagi pd semua yg memahami, menyayangi dan pemberi semangatku. I love u allss...Tak terlintas langsung akan dapat tempat per-1 dlm senarai...harapan tu memang ada, tp bukan tempat per-1, al maklumlah byk lagi projek2 yg baik, dn saingan juga byk, tapi alhamdulillah projek ni jgak yg terpilih, syukur sgt. At least, kurang ler skit takut dan debaran utk exam result yg akan kuar x lama lagi (mana taknya, 6 kredit hour utk subjek ni). Debaran exam result akan muncul bulan 6 ni lak.


Pemenang2 semester ni

Thursday, May 14, 2009

Berakhirnya Suatu Perjalanan...

Alhamdulillah... perjalananku sebagai seorang pelajar jurusan Ijazah dlm bidang IT telah berakhir dan kini hanya menunggu keputusan yg ku harapkan akan memberi 1 impak dlm hidupku ini...Insyaallah...

Seperti yang semua sedia maklum pada 11-13 May 2009 adalah FYP(Final Year Project) Exhibition di FSKM(Faculty Computer and Mathematical Sciences), UiTM Malaysia bagi semua pelajar2 degree tahun akhir. Alhamdulillah semua berlangsung dengan jayanya. Aidiel ditempatkan bersama2 ngan member2 1 class di BK20(bilik kuliah) pada hari pertama (11hb). Pada hari per-1 exhibition adalah lebih meriah berbanding hari ke2 dan ke3... Pada yg masih x tahu, system yg aidil developed tu adalah 'House Rental Advertisement via SMS Functionality' dimana house owner leh antar advertisement rmh utk disewa menerusi SMS dn akan dipaparkan secara online. Students gak leh dpt info utk cari rmh sewa melalui SMS atau laman web(means it is an interactive system)


Sehari sebelum tu, aidiel x tido coz wat final testing utk system yg aidiel developed, mmm klu nk diikutkan memang jarang tido awal kebelakangan ni. Nasib baik wat final testing coz ada beberapa perkara yg aidiel x sedar dr segi 'coding' x btul so system x bagi result yg sepatutnya. Pas dah betulkan coding tu, finally semuanya brjalan lancar...legaaaa...!!!


Seawal 6.20 pg aidiel trus mandi dn kuar umah kul 7.15 takut jln jam..Smpi je kat UiTM trus g ambik zati kt college (zati ni my best partner since masuk degree...sumer course kmi amik bersama dn group project kmi wat bersama, bknnyer apa..kmi masing2 ada kelebihan dlm developed system, so senangler nk bekerjasama).


Aidiel da standby pelbagai gula2, mkn ringan, air pn ada utk examiner, SIG dn pengunjung yg dtg (Examiner contribute marks 40%, SIG 10%, selebihnyer my project's supervisor dn lecturer)..tu pun rushing je beli kt Carrefour Bukit Jalil, on d way nk g show last week. Memandangkan Booth aidiel dn zati lak bersebelahan, jadi semua pun kongsi... meja extra pun kami sambung ber2... Coz 1 meja aidiel letak LCD..hehehe aidiel sorang je ada LCD kt situ, kebetulan bru je beli, so gunaler.


Ni my booth ngan zati(Gambar ni blur sket ler)


Supervisor(Sir Azlan) pg tue dlm paling awal kul 8.45 coz die ada hal, pas evaluate sumer students under die then trus dier kuar...Hopefully dia bg marks ok. Dlm kul 10.30 my lovely examiner lak dtg utk evaluate, aidiel syukur sgt coz dpt examiner yg semestinyer 'BESTA'. Dia merupakan my ex lecturer masa part 4..kelakar, sporting dn x kedekut bg markah. System yg aidiel demonstrate pn brjalan lancar..(hopefully dpt markah tinggi dr die). Thanks sir Zamri!!! Kengkawan yg lain dpt examiner yg lain. Jgn marah yer u olls...Sian diorang coz ada yg kena bantai cukup2...sabar je ler!!


Sepanjang exhibition tu memang penat, coz:
1. Aidiel x tido lagi (tghr da mula rasa bahangnyer)
2. Kna byk ckp coz nk terangkan cmner system tu berjalan pd pengunjung2 yg dtg melawat aidiel nyer booth.


Pas lunch dlm kul 2 lebih baru my SIG(Prof Hanafiah) dtg evaluate, sempoi tul dier,bcoz of rushing die evaluate smbil aidiel ckp, x smpi 3 minit..dia kata.."OK trima kasih" Ha!!! cepatnyer...student lain nyer SIG ada yg sampai 1/2 jam pn ada...hahaha...borang evaluation dier bg pd lect..lect ckp "Untungyer u olss yg dpt Prof Hanafiah"...wlupun dia cuma 10% tp syukur sgt coz dia bg marks ok!! Thanks to u Prof.... Ada gak beberapa visitors dr company2 luar nk cari students for interview keje..Ada visitor from company MESINIAGA minat ngan system yg ideal develop tp sayangnyer ideal sudah pun bekerja...bln 6 ni masuk blk keje.


Kul 4.10 sumer da mula kemas nk tutup booth.. Kesimpulannyer aidiel rasa lega sgt krn semuanya brjalan lancar. Pelbagai rintangan yg aidiel lalui sepanjang menjadi degree student ni..dn ini akan menjadi KENANGAN TERINDAH dlm hidup ini. Bagi semua yg baca blog ni, trima kasih atas segala komen2 yg bernas, dn semangat yg korang bagi selama ni.

Bagi mengakhiri post ni, aidiel sertakan ragam sepanjang FYP


Semester 5 bermula
Semua sibuk cari supervisor
Dah dapat, fikir tajuk pula
Dah dapat tajuk, sibuk nak wat proposal pula
Sampai tergangguk2 kepala dek mengantuk
Nk karang ayat dlm proposal report
Report senior jadi bahan rujukan
Hari present proposal sume naik riso...
Kalo proposal tak diterima nak wat semula
Ada pula yang kene tukar tajuk (zati ler tu)
Ada pula kene redefine objektif (aku la tu)


Naik sem 6 baru sume dah mula..
Ye ke dah mula? haha...
Hari demi hari
Minggu demi minggu berlalu
Chapter by chapter siap
Develop dn trus develop system
Testing dn trus testing
Problem dtg bersilih ganti
Cabaran asyik dtg menerpa
Ape2 pun present tetap present
Ada member yang nangis
Ada yang riso bagai nak rak
Ada yang senyum sokmo aku pun xtau kenapa
Ada yang wat thesis ikut suke
Asal siap sudah dan tunggu apa nak dikata
Ada yang sibuk dengan questionnaires
Ada pula yang tak tido develop system
Ada pula yang tak tido asyik ber'YM'
Ada yg x tido2 wat system(aku ler tu)
Ada juga yang asyik mencari "abg isma"
Cmnr nk wat ni, camner nk wat tu..
Walau apepun aku tetap membantu
Dari segi report mahupun system
Bukan sebab apa...Kawan punya pasal
Sayang punya pasal
Lagipun tak elok pentingkan diri
Esok lusa Allah tolong kita pula


Sebelum FYP exhibition
Sume berdebar bagai nak rak
Ade yang tensen
Ade yang mengalir airmata kerisauan
Ada yang takde perasaan (ye ke?)
Pada hari FYP exhibition
Semua datang awal sebab semangat
Semua tak sabar nak abeskan "derita"
Semua berkobar-kobar
Sebab semua sedar
Ape2 pun tetap kene redah
Tiada jalan nak patah balik
Semua sedia menanti
Supervisor, Examiner & SIG tiba
Ada yg gembira
Ada yg syukur (aku ler tu)
Ada yg kena bantai ngan Examiner
Ada yg kena bantai ngan SIG
Bila ketiga-tiga dah lepas
Tak dapat nak gambarkan perasaan lega
Semua tersenyum lebar suka
Tp ada gak yg sedih (sabar yer)
Habis la sebuah penantian sekian lama
Sumer bergambo bagai nk rak
Sumer sibuk nk blik kampung
Ada yg x balik coz sambung program 3P lak
Ape2pun..semoga bertemu pada hari konvokesyen
dan kepada semua


SELAMAT MAJU JAYA
-LOVE U ALL-



KENANGAN PALING INDAH
BSc (Hons) Information Technology